Seni, Budaya & Pemikiran

Lalang

20 Mei 2022 · Seni, Budaya & Pemikiran

Oleh: Zulfiqar Mohd Yusof

Lalang
hanya menurut kata tiupan angin
kerana hidup tiada pendirian.

Lalang
tertunduk-tunduk
kerana hidup tiada hala tuju.

Lalang
gemar menyakiti handai
juga menyusahkan orang ramai.

Lalang
adalah petualang
kerana rela tikam belakang.

Cantaslah lalang
kerana hadirnya membawa malang.