• KEGAGALAN FUNGSI MAJLIS TEMPATAN

    Berikutan program Alir Cahaya, Majlis telah bersetuju untuk memberikan lokasi iaitu di Terminal Bas Batu Pahat dengan bantuan sokongan dari pihak lain, tetapi ketika kerja-kerja produksi hendak dilakukan, masa itu lah bahawa mereka tahu, lokasi itu masih dibawah penyelenggaraan dan tidak sepenuhnya lengkap. Apakah pihak Majlis tidak serius dalam soal keselamatan awam? Mujur masih dalam kerja-kerja produksi, memang kerjanya memastikan dan mengambil kira status lokasi. Jadi, ketika mereka memberi sebuah lokasi, adakah mereka fikir, pihak Alir Cahaya mahu bermain “pondok-pondok”? 

  • ALIR CAHAYA (SEMANGAT DAN HARAPAN)

    Berkaitan The Light Project, Art In The City, sebanyak lima buah negeri yang terlibat, antaranya di Ipoh Perak – “STAR/KL” yang telah dilancarkan pada 26 Nov 2021, Seberang Perai Peneng, Kuching Sarawak, Melaka dan Batu Pahat Johor. Untuk makluman semua, Alir Cahaya akan dirasmikan pada 31 Dis 2021, Jumaat, malam tahun baru 2022.

  • BERIMAN DENGAN HIJAU

    Buat saya eko-teologi tidak hanya membuka perbahasan  akademik tetapi juga menambah khazanah strategi untuk menyelamatkan persekitaran. Eko-teologi dapat difungsikan untuk menyemai harapan membaiki ekologis, menyahkan barbarisme (perbuatan yang tidak beradab) ekologi kerana agama selalu menekankan pada pembaikan akhlak manusia, dan meenguatkan perjuangan ekologis.

    Kalau menjadi agamawan itu tidak ada ilmu sosiologi, tidak ada ilmu politik, penakut dan bodoh, apa perlu gelaran ustaz? apa perlu pandangan? apa perlu kuliah-kuliah yang melibatkan keterdesakkan orang miskin? Dan sebab itulah agama itu mundur. Kesusahan, bala bencana, kemiskinan bukan “ujian tuhan”, tetapi datang dari masalah sistem, masalah kemasyarakatan, masalah korupsi. Begitu mudah mereka katakan ini ujian dan suruh bersabar, menanti peluangnya di akhirat. Itu bukan jawapan, ini pembodohan.

  • SENI TERAPI

    Bantuan rawatan tanpa ubatan, khususnya mental atau spiritual, juga sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, mambangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan dan menguruskan jati diri.

    Dengan kaedah terapi ini, membantu individu fokus atau memberi tumpuan pada kerja seninya. Proses ini dengan perlahan-lahan akan membantu individu mengawal kecelaruan dalam diri. Dalam proses ini, akan dapat melihat sikap individu itu dan membantu doktor atau perawat menilai kecenderungan setiap individu.

  • SENI DEKORASI

    Secara ringkasnya, masyarakat memahami seni dekorasi adalah sebuah seni yang mengikut citarasa dan kesesuaian suatu sudut, ruang atau seumpamanya untuk menghasilkan susunan, corak dan konsep yang mereka bayangkan. Arkitektur adalah bagaimana mahu mendirikan sebuah bangunan dengan pattern dan coraknya dan dekorasi adalah bagaimana mahu menghiasi ruangan bangunan yang ada. 

  • SENI BATIK

    Seperti yang kita faham, orang luar tidak mahu tengok apa kemajuan bandar dari segi pembangunan, mereka mahu melihat apa yang dihasilkan oleh orang-orang tempatan dan ini lebih bernilai daripada tingginya bangunan dan padatnya lapangan. Perkara seperti itu di tempat mereka juga ada dan tak membawa makna sentimen budaya selain kemajuan elitis.

    Tetapi hasil-hasil kerja seni budaya dan bangsa seperti seni batik adalah menjadi keutamaan tujuan mereka keluar mengembara dan melihat dunia luar.

  • Apa Itu Seni Macrame?

    Oleh: Redo Seni macrame jarang kedengaran di lapangan seni secara sebutan namanya, tetapi jika melihat kepada hasil kerja seninya pasti orang akan mengatakan ianya seni mengait, menyimpul, mengikat dan tentunya biasa melihat dan mengetahui secara visualnya. Mengikut sumber bacaan atas talian dan buku rujukan, macrame adalah sebutan khusus kepada teknik mengikat yang dijadikan dekorasi daripada…

  • Permaculture: Satu Kaedah Menolak Monopoli Kapitalisme

    Oleh: Redo Pengenalan Permaculture adalah sebuah konsep yang mengambil tanggungjawab dalam memelihara kesejahteraan kehidupan sekaligus memelihara alam semulajadi.  Jika diperhatikan antara aktiviti-aktiviti ini selalunya orang tidak menganggap ianya sebuah konsep yang agak radikal serta pemahamannya dianggap hanyalah sebuah perusahaan kebun, ladang seperti biasa.  Tapi dalam usaha-usaha ini kebanyakkan permaculturist selalu bertentangan dengan arus perdana malahan…

  • Luka Globalisasi & Fungsi Tanaman Hiasan

    Oleh: Redo Semenjak kini, kaedah hiasan dalaman rumah menggunakan tanaman telah menjadi bualan dan menjadi sebuah trend yang agak hangat. Ramai berpendapat dan juga mempelajari bahawa dekorasi penggunaan tanaman seperti beberapa jenis tumbuhan mampu mengatasi dan memperbaiki emosi dan seumpamanya. Selain itu juga dengan cara ini ia berhubung kait dengan cara kehidupan ke arah kesedaran…

  • Seni Terapi

    Oleh: Fadzlee Ahmad Terapi Seni “Art Therapy” adalah suatu displin kaedah“rehabilitasi & pemulihan” yang dibangunkan oleh kumpulan kolektif konstruktif, terdiri daripada pakar seni (kurator), pengiat seni, ahli psikologi, ahli neuroscience, ahli farmaseutikal dan lain-lain lagi, bagi mendapatkan kaedah alternatif didalam rawatan gangguan keseimbangan psikologikal & mental pesakit, selain kaedah kaedah klinikal & farmasi. Selari dengan…